Perisitiwa 13 Mei.



Apakah yang dimaksudkan dengan Peristiwa 13 Mei 1969?

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Tragedi ini melibatkan parti-parti pembangkang,terutama Parti Tindakan Raya(DAP) dan gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan. Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan,namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya. Urutan peristiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihan raya yang kemudian apabila ditreruskan menjadi semakin hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu.DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis.

 

Pergerakan ini sebenarnya merupakan kesinambungan daripada peristiwa perarakan jenazah yang di lakukan oleh Parti Buruh pada 9Mei1969 terhadap seseorang pemuda cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.UMNO yang rasa tercabar kemudian turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut. Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harus Idris,Menteri Besar Selangor. Perarakan provokatif seumpama ini didapati telah membakar semangat setiap kaum. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.

 

Rusuhan kaum ini sebenarnya hanya berlaku di kawasan tertentu dan bagi jangka masa yang terhad. Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekelilingnya sahaja. Namun,peristiwa ini telah membuka mata pelbagai pihak. Pemimpin-pemimpin negara telah sedar dan mula meneliti isu perpaduan dengan lebih serious. Hal ini kerana,keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan. Misalnya di negeri Selangor jumlah kematian dalam tempoh darurat ialah seramai 172 hingga 196 orang. Angka rasmi bilangan yang tercedera ialah seramai 493 orang. Jumlah ini kemungkinan lebih ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka. Justeru,para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.


Punca yang membawa kepada peristiwa 13 Mei

 

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

 Pada zaman pendudukan Jepun,masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

 

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

 Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu dan India adalah bercoraksara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.

 

Masalah ekonomi

 Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

 

Perbezaan agama dan budaya

 Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

 

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

 Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

 

Persatuan-persatuan etnik 

 Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.




Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei

 

Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

 Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban.Kejadian seperti ini meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat.

 

Perintah Berkurung

 Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum .Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini juga membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan,susah berinteraksi dan saling berhubungan.

 

Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman,huru-hara dan rakyat berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isu isu yang sensitif terutama isu perkauman antara kaum. Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat.

 

Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana

 Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira sama ada kita kalah atau menang,konsepkesederhanaan perlulah dititik beratkan.Jika difikir dengan waras, tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana.




Nama ahli kumpulan: 

Aina Khalisah Binti Muhd 'Adli
Siti Nurfairozliyana Binti Muhd Nor
Nasriah Hannani Binti Mohd Amin
Mas Ayunisahera Binti Ibrahim

Comments

Post a Comment