Posts

Image
  Perisitiwa 13 Mei. Apakah yang dimaksudkan dengan Peristiwa 13 Mei 1969? Peristiwa 13 Mei  pada tahun  1969  ialah insiden  rusuhan kaum  yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di  Malaysia . Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 " merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia . Tragedi ini melibatkan parti-parti pembangkang,terutama Parti Tindakan Raya(DAP) dan gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan. Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan,namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya. Urutan peristiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihan raya yang kemudian apabila ditreruskan menjadi semakin hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu.DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin